Kelas Grafik Cv Menggunakan Power Point
18 Mac 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 17 Mac 2019, Pusat Internet Engkilili telah menggadakan Kelas Grafik CV menggunakan Microsoft Power Point. Seramai 6 orang peserta yang mengikuti kelas ini yang terdiri daripada 5 orang pelajar lepasan SPM dan seorang suri rumah. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Engkilili.
Dalam kelas ini, peserta telah diajar asas Microsoft Office Power Point. Untuk mengukuhkan lagi kemahiran menggunakan Power Point, peserta diajar cara membuat grafik CV dalam bentuk animasi. Di hujung kelas, peserta diajar menyimpan slide Power Point kedalam bentuk video. Kelas ini diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: